Menurut Prof Dr Kamarudin, bangsa Melayu merupakan umat Islam terbesar dunia di mana jumlah penduduk Islam dunia adalah lebih satu billion manakala bangsa Melayu sendiri dianggarkan 2, juta. Beliau yakin bilangan ini mampu membantu pembangunan dan kemajuan bangsa kerana pada dasarnya tamadun Melayu memberi impak besar kepada pembangunan dunia secara keseluruhan.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Tun Dr. Dengan tajuk pembentangan, Bahasa : Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu , Tun Mahathir berkata melalui bahasa, ia mampu menyatukan sesuatu bangsa dan menentukan identiti bangsa itu sendiri. Menurut Tun Mahathir, walaupun kita mempunyai bahasa kita sendiri, tidak menjadi kesalahan bagi sesuatu bangsa itu untuk menguasai bahasa lain kerana melalui bahasa, seseorang itu dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya.
Beliau berkata bahasa ilmu pada zaman tamadun awal bermula dengan bahasa Greek dimana bangsa Arab pada ketika itu mempelajari bahasa Greek dalam usaha untuk mendapatkan ilmu sehinggakan bahasa Arab selepas itu muncul sebagai bahasa ilmu. Mereka turut mempelajari bahasa Arab untuk mendapatkan ilmu agar dapat memajukan tamadun mereka seperti tamadun Arab. Justeru itu, sebagai bangsa Melayu, kita juga harus mempelajari bahasa yang bukan bahasa kita dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan.
Pada ucaptamanya itu, Tun Mahathir turut berkata, di zaman yang serba moden ini bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia Lingua Franca tidak kira dalam hubungan diplomasi mahupun urusan perdagangan.
Katanya, dengan mempelajari bahasa kedua seperti Inggeris, kita bukan melupai identiti kita tetapi menjadikan bangsa itu sendiri sebagai bangsa terpelajar dan berpengetahuan. KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa bimbang dengan gejala ponteng sekolah sekarang dan mahu ianya ditangani sebaik mungkin kerana perbuatan itu bukan saja merugikan pelajar malah memberi kesan negatif kepada negara.
Ketika melancarkan program Titian Kasih Mega, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang Empat dekat sini, baginda menasihati pelajar supaya menjauhi perbuatan itu manakala pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu menggembleng tenaga secara berterusan melaksanakan langkah pencegahannya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya," titah baginda pada majlis anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pelajaran Perlis itu.
Menurut baginda, pelbagai faktor menjadi penyebab kepada masalah ponteng termasuk suasana persekitaran pembelajaran, pengaruh media massa, sikap pelajar dan juga pengaruh rakan.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa antara kesan buruk kepada pelajar yang ponteng sekolah ialah mereka terdedah kepada gejala sosial negatif, prestasi pembelajaran merosot dan peluang mereka dalam pasaran pekerjaan selepas tamat persekolahan menjadi sukar. Dari Perlis kami bertandang,. Perbadanan Putrajaya destinasi dituju,. Gementar tubuh bukan kepalang,. SePMA dianjur berkongsi ilmu.
SMK Arau berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta SMK Arau kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada pihak SMK Arau.
Proudly powered by WordPress. Radin Twitter. Rule of Law Malaysia Act My Blog List. Untold History. Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu. Warisan Permaisuri Melayu.. Rowie's Scribbles.
Goodbye , Hello ! Giga Blog. Squishy Store 3 years ago. Resepi Choc Chip Cookies 3 years ago. Duli Mahkota. Cik Dara. Surat untuk kekasih imaginari 8 years ago.
Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas. Kesultanan Johor. Deria Rasa Ceria. Nadi Pembela Ummah.
0コメント